awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu

Bernama
Bernama
11/01/2023
16:35 MYT
Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu
Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari semalam, suspek telah pergi ke kedai ibunya di Taman Perindustrian Puchong Utama dan memarahi serta memukul muka ibunya menggunakan sekeping fail kemudian mengugut mahu membunuhnya.
Beliau berkata bertindak atas laporan polis yang dibuat ibunya yang berusia 58 tahun, polis telah menahan suspek pada 11.30 malam pada hari yang sama.
"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai 15 rekod jenayah lampau.
Suspek kini direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul ibu
#ugut bunuh
#Lelaki ditahan
#Polis Daerah Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan