SEMPORNA: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai merogol kanak-kanak berusia lapan tahun dalam kejadian di Pekan Semporna pada Khamis lalu.
Suspek berusia 40 tahun ditahan di sebuah kampung di daerah ini kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat selepas laporan polis dibuat oleh seorang pengadu yang juga ibu saudara mangsa.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, laporan polis dibuat oleh pengadu kira-kira jam 12 tengah malam Jumaat.
"Pengadu mengatakan bahawa kira-kira jam 8.30 malam anak saudaranya telah dibawa oleh seorang lelaki dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda ke tempat yang tidak diketahui.
"Kira-kira sejam kemudian, anak saudaranya telah ditemui dalam keadaan yang lemah di belakang sebuah pasar raya dan mangsa memaklumkan bahawa dia dirogol oleh suspek yang menghantarnya di lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, susulan daripada itu, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Semporna dan seterusnya dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.
"Bertindak atas maklumat juga polis berjaya menahan suspek warga tempatan di sebuah rumah tidak bernombor dan suspek direman sehingga 27 Oktober ini untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol kanak-kanak bawah umur 12 tahun dan jika disabit kesalahan dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan sebat," katanya.
Mohd Farhan dalam pada itu memohon kerjasama daripada orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Adham Ramli di talian 011-10145004 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 22 2022
Mangsa ditemui dalam keadaan lemah di belakang sebuah pasar raya dan memaklumkan dia dirogol suspek yang menghantarnya di lokasi berkenaan. -Gambar hiasan/Unsplash
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
Lelaki ditahan rogol budak 8 tahun
Anak saudaranya telah ditemui dalam keadaan yang lemah di belakang sebuah pasar raya dan mangsa memaklumkan bahawa dia dirogol oleh suspek yang menghantarnya di lokasi berkenaan.