awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan rosakkan kereta mewah bekas majikan

Bernama
Bernama
30/08/2024
10:59 MYT
Lelaki ditahan rosakkan kereta mewah bekas majikan
Suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan/Bernama
AMPANG JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki bertindak merosakkan kereta mewah bekas majikannya kerana dipecat daripada pekerjaannya, Rabu lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki ditahan kerana merosakkan kereta mewah Lamborghini Urus milik bekas majikannya kerana tidak berpuas hati setelah dipecat.
  • Kereta tersebut mengalami kerosakan pada bonet hadapan, cermin sisi, cermin hadapan, dan bumper hadapan.
  • Suspek berusia 27 tahun dengan rekod jenayah lampau ditahan dan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pada Selasa lepas, polis menerima aduan daripada seorang pemilik syarikat kawalan keselamatan yang mendakwa seorang individu dikenalinya telah merosakkan kereta jenis Lamborghini Urus miliknya.
"Motif perbuatan khianat ini adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana telah dipecat daripada pekerjaannya oleh pengadu. Suspek pernah bekerja sebagai pemandu kereta kepada isteri pengadu.
"Kerosakan yang dialami dipercayai kemek di bahagian bonet hadapan dan cermin sisi ditoreh, manakala cermin hadapan dan bumper hadapan telah pecah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek iaitu lelaki tempatan berusia 27 tahun telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan dia didapati mempunyai rekod lampau pelbagai kes jenayah, manakala keputusan ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.
Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lamborghini Urus
#pemandu berang dipecat
#rosak kereta mewah majikan
#bekas pemandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan