NATIONAL
Lelaki ditahan selepas samun kedai emas di Melaka

Seorang lelaki ditahan selepas menyamun sebuah kedai emas di Jalan Bunga Raya hari ini. - Foto hiasan
MELAKA: Seorang lelaki ditahan selepas menyamun sebuah kedai emas di Jalan Bunga Raya di sini hari ini.
Ketua Polis Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, suspek yang berusia 27 tahun ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada sepasukan anggota polis.
"Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, sepasukan anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Melaka Tengah ke lokasi kejadian bagi menahan semula suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata hasil pemeriksaan ke atas suspek turut menemukan lima utas rantai emas seberat kira-kira 15.35 gram dan tukul besi.Beliau berkata ujian air kencing lelaki itu didapati negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami