awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi

Aida Aziz
Aida Aziz
11/05/2024
00:49 MYT
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Dalam operasi KPDN Cawangan Manjung di sebuah premis dekat Kampung Acheh pada Khamis, seorang lelaki ditahan bagi siasatan lanjut kerana disyaki terlibat dalam sindiket menyeleweng minyak diesel bersubsidi. - Foto KPDN Perak
MANJUNG: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket menyeleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi di sebuah premis dekat Kampung Acheh, di sini.
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, tangkapan itu dilakukan Khamis lalu hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Katanya, maklumat berhubung kegiatan itu diperoleh menerusi risikan selama seminggu di lokasi tersebut.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli minyak diesel berulang kali melalui tangki asal lori disyaki milik premis tersebut, di stesen minyak berhampiran.
"Ia kemudiannya dipindahkan ke tangki kontena pukal pertengahan (IBC) untuk kegunaan industri.
"Siasatan mendapati, premis itu mempunyai permit menyimpan minyak diesel dan hanya layak membeli diesel tanpa subsidi daripada pembekal berlesen.
"Namun, ia cuba mengaut keuntungan dengan mengambil minyak bersubsidi di stesen minyak secara berulang," katanya dalam kenyataan semalam.
Foto KPDN Perak
Foto KPDN Perak
Ujarnya, diesel bersubsidi yang dibeli di stesen minyak berharga RM2.15 per liter sedangkan harga industri RM3 hingga RM4 per liter.
Selain itu, pemeriksaan turut menemui anggaran 13,549 liter cecair yang disyaki diesel di dalam tiga tangki IBC dan satu skid tank di dalam kawasan syarikat itu.
"Cecair disyaki diesel serta beberapa peralatan lain telah disita untuk tindakan lanjut dan seorang lelaki berusia 36 tahun yang merupakan pengurus syarikat ditahan bagi siasatan lanjut.
"Nilai sitaan dianggar berjumlah RM41,913.08," katanya.
Foto KPDN Perak
Foto KPDN Perak
Dalam pada itu, Kamalludin berkata, stesen minyak yang disyaki terlibat juga akan disiasat di bawah peruntukan sedia ada.
Justeru, katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Topic Berkaitan
#seleweng diesel
#minyak diesel bersubsidi
#lori tangki
#KPDN Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan