KUALA TERENGGANU: Dua lelaki yang maut ditembak polis di Kampung Simpang Tokku di sini Selasa lepas, merupakan suspek utama satu kes bunuh dan anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di negeri ini sejak 10 tahun lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata polis telah mengenal pasti identiti kedua-dua suspek yang ditembak iaitu lelaki tempatan dikenali sebagai 'Nuar Taman' berusia 29 tahun berasal dari daerah ini, manakala seorang lagi 'Pendi Buaya' berusia 25 tahun dari Marang.
"Seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala seorang lagi mempunyai 11 rekod jenayah lampau juga berkaitan dadah...mereka ini memang terkenal dalam kalangan penagih dadah di negeri ini termasuk di kawasan Felda," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.
Bekas KJSJ negeri, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, manakala bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Suffian Sulaiman dilantik menggantikan tempat Marzukhi.
Menurut Rohaimi dengan tertumpasnya kedua-dua penjenayah terbabit, polis berjaya menyelesaikan kes seorang lelaki berusia 41 tahun yang ditembak mati di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu pada 5 Mac lepas.
"Berdasarkan siasatan polis, mereka berdua ini adalah suspek terlibat dalam kes tembak (di Pasir Tinggi) tersebut," katanya.
Katanya lagi, selepas kejadian tembak-menembak antara Nuar Taman dan Pendi Buaya dengan polis Selasa lepas, pihaknya merampas dua pucuk revolver .38 dan beberapa butir peluru di dalam kereta yang digunakan suspek.
"Polis juga menjumpai 20 peket plastik dadah disyaki syabu berat lebih 1,000 gram dan 14 botol kecil heroin berat lebih 67 gram, dan jumlah keseluruhan dadah ini membawa kepada kes 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Sementara itu, Rohaimi berkata pihaknya juga telah mengarahkan semua ketua polis daerah untuk melakukan pemantauan terhadap penjualan mercun dan bunga api di daerah masing-masing bagi memastikan hanya jenis tertentu yang dibenarkan dijual kepada orang ramai.
"Penjualan kepada individu di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan. Pemantauan akan dilaksanakan kerana kita tidak mahu ada insiden kecederaan atau kehilangan nyawa disebabkan kebakaran (mercun dan bunga api)
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Rohaimi pada sidang media mengenai kes dua lelaki maut ditembak polis selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu di IPK Terengganu di Kuala Terenganu hari ini. --fotoBERNAMA

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Banjir: Warga PDRM Terengganu rugi hampir RM1 juta
Seramai 154 pegawai, anggota serta kakitangan awam Polis Kontinjen Terengganu terjejas akibat banjir Disember lepas membabitkan kerugian keseluruhan mencecah RM1 juta.

Polis Terengganu kemuka laporan, cadangan babitkan empat balai sering dilanda banjir
Menurut Rohaimi, Balai Polis Kuala Jengai yang terjejas banjir pada Februari dan Disember tahun ini adalah yang paling kritikal.

'Air mula surut, LPT2 selamat digunakan'- KP Terengganu
Lebuhraya Laluan Pantai Timur 2 (LPT2) selamat untuk dilalui memandangkan air mula surut berikutan banjir kilat pagi tadi.

Polis Terengganu tumpu tiga daerah berisiko berdepan banjir serius
Berdasarkan trend banjir berlaku di negeri itu sebelum ini, ia melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.

Culik kanak-kanak: Jangan guna fakta tidak benar - Polis Terengganu
Polis Terengganu mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan isu keselamatan tanpa fakta sebenar, berhubung dakwaan berlaku kes penculikan dan cubaan menculik kanak-kanak sekolah.

Tangguh aktiviti rekreasi di kawasan berisiko kepala air - Polis
Rohaimi menyeru pihak berkaitan supaya menjalankan penguatkuasaan dan meletakkan papan tanda mengenai amaran kepala air.

Kes tipu tempahan inap desa dalam talian berulang
Polis terima aduan berhubung penipuan yang melibatkan kerugian RM2,900 susulan rumah yang ditawarkan bukan milik individu sebenar.

IPD Hulu Terengganu cipta bot dua alam Amfibia Qber II
Bot berkenaan mampu diguna pakai di daratan dan air khususnya bagi melakukan tugasan menyelamat ketika musim banjir.

Terengganu rekod 662 kes jenayah komersial
Jenayah penipuan dalam talian menyumbang kepada bilangan kes tertinggi iaitu Macau Scam, sebanyak 143 kes.

Lelaki ditembak di Kuala Terengganu suspek utama kes bunuh, sindiket edar dadah
Suspek yang ditembak dikenali sebagai 'Nuar Taman' dari Kuala Terengganu dan 'Pendi Buaya' dari Marang.