MALAYSIA

Lelaki ditemui lemas di Sungai Sedim

Sinar Harian 14/06/2025 | 08:12 MYT
Mangsa berjaya ditemui oleh orang awam yang membuat selaman di lokasi kejadian sekitar jam 11.30 pagi Sabtu. -Foto JBPM
KULIM: Lelaki yang dikhuatiri hilang ketika mandi di Sungai Sedim di sini ditemui lemas selepas lebih sejam operasi pencarian dilaksanakan.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemui lemas di Sungai Sedim, Kulim selepas lebih sejam operasi pencarian dijalankan.
  • Mangsa ditemui sekitar jam 11.30 pagi oleh orang awam yang melakukan selaman di lokasi kejadian, namun identitinya belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
  • Operasi pencarian digerakkan sejurus panggilan kecemasan diterima pada jam 10.06 pagi, melibatkan enam anggota dari BBP Kulim Hi Tech.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, mangsa ditemui oleh orang awam yang membuat selaman di lokasi kejadian sekitar jam 11.30 pagi Sabtu.

"Bagaimanapun identiti mangsa dianggar berusia 20-an itu masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di lokasi perkelahan itu kira-kira jam 10.05 pagi Sabtu.

Panggilan kecemasan MERS 999 diterima pada jam 10.06 pagi memaklumkan kejadian, membolehkan sebuah jentera FRT dari BBP Kulim Hi Tech dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi bagi melaksanakan operasi pencarian. -Sinar Harian






#Sungai Sedim #Kulim #lemas #Balai Bomba dan Penyelamat