awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui lemas di Tasik Empangan Bakun

Mohd Nazrin Hamdan
Mohd Nazrin Hamdan
23/06/2022
02:00 MYT
Lelaki ditemui lemas di Tasik Empangan Bakun
Mayat mangsa yang berasal dari Uma Bakah dinaikkan oleh pasukan SAR sebelum dibawa balik ke rumah panjang berdekatan. - Foto JBPM Sarawak
BELAGA: Mayat seorang lelaki yang hilang selepas jatuh ke dasar Tasik Empangan Bakun pada Selasa ditemui terapung pada malam Rabu.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii, mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Heli Nyalong, 36 tahun ditemui penduduk kampung dan pasukan penyelamat (SAR) kira-kira lima meter dari tempatnya dilaporkan hilang sekitar jam 9.40 malam.
“Mayat mangsa yang berasal dari Uma Bakah, Sungai Asap itu kemudian dinaikkan oleh pasukan SAR sebelum dibawa balik ke rumah panjang berdekatan.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Nyabau pagi ini untuk prosedur bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga untuk urusan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, sekitar jam 3.15 petang pada Selasa, Balai Bomba dan Penyelamat Belaga telah menerima maklumat kejadian yang dilaporkan berlaku di kawasan sungai Ulu Naha Nyabong, Bakun.
Sejurus mendapat maklumat, pasukan SAR telah diaktifkan dan tiba di lokasi kejadian selepas melalui empat jam perjalanan menggunakan bot.
Mangsa dikatakan hilang selepas bot yang dinaikinya terlanggar sebatang kayu yang tumbuh di dasar tasik.
Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#Tasik Empangan Bakun
#Heli Nyalong
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan