awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui lemas selepas tergelincir dalam tasik

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/06/2022
10:56 MYT
Lelaki ditemui lemas selepas tergelincir dalam tasik
Mangsa berusia 36 tahun itu disahkan telah meninggal oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian. - Gambar/ JBPM
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang dipercayai tergelincir ke dalam tasik di Taman Bandar Puteri Hill Park, dekat sini, ditemui lemas pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.55 petang.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani tiba tidak lama kemudian dan terlihat mangsa telah terbaring di tebing tasik.
“Mangsa telah diangkat oleh orang awam yang berada di kawasan tasik. Sebelum itu mereka ternampak mangsa terkapai-kapai sebelum tenggelam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, mangsa berusia 36 tahun itu disahkan telah meninggal oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian.
Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#kes lemas
#Sungai Petani
#tasik
#Taman Bandar Puteri Hill Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan