awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui maut dalam teksi

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/08/2023
01:30 MYT
Lelaki ditemui maut dalam teksi
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Seorang lelaki ditemui mati di dalam teksi miliknya berdekatan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian penumpang belakang dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang badan.
Menurut Abdul Rahim, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sejurus pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.56 malam.
Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.
"Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut pihak polis telah menjumpai sebilah pisau di atas pelapik tempat kaki bahagian pemandu.
"Suspek berusia 29 tahun telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman," katanya.
Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Peseksaan.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#teksi
#meninggal dunia
#pisau
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan