awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui maut dipercayai lima hari dalam kereta

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/12/2023
03:42 MYT
Lelaki ditemui maut dipercayai lima hari dalam kereta
Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Ahad. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Ahad.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly, pihaknya menerima laporan pada 12.04 tengah hari berhubung penemuan itu.
"Siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
"Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lima hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Hussin Sollehuddin memohon bantuan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu pihak polis.
"Mereka yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Kota Damansara, ASP Mohd Nasir Mustapha di talian 011-32052062 bagi membantu siasatan," katanya.
Kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Lelaki dah lima hari meninggal ditemukan dalam kereta
Topic Berkaitan
#Petaling Jaya
#meninggal dunia
#maut dalam kereta
#kawasan parkir Kota Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan