awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Dabong

Bernama
Bernama
07/06/2025
20:50 MYT
Lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Dabong
Mayat mangsa ditemukan kira-kira 4.13 petang oleh pasukan penyelamat dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat. - Foto PDRM/JBPM Kelantan
KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Kenerong, Dabong, Kuala Krai semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata mangsa yang berusia 47 tahun itu dari Kampung Dabong dipercayai ke sungai berkenaan pada 12.30 tengah hari untuk mandi-manda bersama sembilan rakannya.
"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa turun terlebih dahulu untuk memeriksa kedalaman air sungai tetapi telah dibawa arus deras dan terus hilang," katanya dalam kenyataan semalam.
Mazlan berkata mayat mangsa ditemukan kira-kira 4.13 petang oleh pasukan penyelamat dan kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.
Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zaid Ibrahim berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan pada 2.15 petang dengan kekuatan sebanyak 10 anggota bersama tiga anggota polis.
"Setelah operasi SAR dijalankan selama dua jam, anggota penyelamat menemukan mangsa tersangkut pada batu di kedalaman kira-kira 3.7 meter, tidak jauh dari lokasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Dabong
#Kuala Krai
#Sungai Kenerong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami