awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir kilat landa Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara — 16 maut, darurat diisytihar
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan lemas selepas keluar menjala

Bernama
Bernama
05/12/2022
04:20 MYT
Lelaki ditemukan lemas selepas keluar menjala
Mangsa dipercayai terjatuh dan hilang ketika melakukan aktiviti itu pada kira-kira 2 pagi semalam. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika keluar menjala bersama 13 rakannya berhampiran kawasan Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, di sini semalam.
Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata mangsa, Betron Anak Tela, 38, dipercayai terjatuh dan hilang ketika melakukan aktiviti itu pada kira-kira 2 pagi semalam.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.55 tengah hari, sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan 12 anggota dari BBP Johor Jaya, lapan anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Skudai dan dua anggota unit dron dari BBP Kempas, dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Pihak bomba membuat pencarian di air dengan menggunakan teknik 'surface searching' dan selaman menggunakan sebuah bot aluminium serta bot orang awam.
"Mangsa berjaya ditemukan oleh PPDA pada kedalaman tiga meter dan jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa disyaki jatuh pada jam 6.35 petang," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Saifulbahri berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.40 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#loji rawatan air
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan