Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Lelaki ditemukan maut atas siling rumah akibat terkena renjatan elektrik

Bernama 17/11/2025 | 03:20 MYT
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terkena renjatan elektrik. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di bahagian atas siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah di sini malam tadi.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 52 tahun maut akibat renjatan elektrik semasa melakukan kerja di siling rumah di Taman Bukit Larang Indah, Melaka malam tadi.
  • Operasi penyelamat dilakukan selepas panggilan kecemasan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka kira-kira jam 9 malam, melibatkan lima anggota dan sebuah jentera.
  • Mangsa diberi rawatan awal sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan; kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut, dan operasi tamat pada jam 10.03 malam.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Shamser Mat Sharif berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika operasi menyelamat dilakukan.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 kira-kira 9 malam tadi dan operasi dilakukan BBP Padang Temu melibatkan kekuatan lima anggota dan sebuah jentera.

"Pihak bomba tiba di lokasi kejadian dalam tempoh kira-kira enam minit dan seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dibawa turun menggunakan pengusung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa diberi rawatan awal sebaik dibawa turun namun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Muhammad Shamser berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.03 malam.

-- BERNAMA






#renjatan elektrik #siling rumah #JBPM #meninggal dunia