MALAYSIA
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Operasi terbabit melibatkan 30 anggota dari pelbagai agensi. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Kampung Jamuan, Kuala Kangsar di sini pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira 10.35 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera bersama anggota di tempat kejadian didapati jeriji pintu dan pintu bahagian utama juga berkunci.
"Hasil pemeriksaan selepas pintu berjaya dibuka mendapati seorang lelaki berusia 52 tahun berada di dalam rumah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan) dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya operasi yang melibatkan 30 anggota daripada pelbagai agensi itu ditamatkan pada 12.06 tengah hari.
-- BERNAMA