awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/10/2023
03:00 MYT
Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta
Tindakan pantas semua pihak terbabit berjaya menyelamatkan mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta berdekatan sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada 7.54 petang semalam.
"Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun dari Kota Bharu, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian pemandu, dalam kereta jenis Perodua Myvi.
"Tindakan pantas semua pihak berjaya menyelamatkan mangsa dan dia dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah di dalam kes ini di mana pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal.
"Bagaimanapun terdapat kesan bara, dan sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut," katanya.
Justeru, polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ketua Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam Insp Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355.
Topic Berkaitan
#lelaki tidak sedar diri dalam kereta
#shah alam
#Mohd Iqbal Ibrahim
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan