Lelaki ditetak bapa saudara angkat angkara dendam lama

Lokasi di mana mangsa ditetak dalam kejadian di Kampung Kulim, Pasir Puteh pada Selasa. -Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang lelaki cedera parah di tangan sebelah kanan dan kepala dipercayai ditetak menggunakan sebilah parang oleh bapa saudara angkat dalam kejadian di Kampung Kulim, di sini, pada Selasa.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki cedera parah ditetak oleh bapa saudara angkatnya di Kampung Kulim, Pasir Puteh akibat dendam lama.
- Suspek berusia 55 tahun ditahan tidak lama selepas kejadian dan direman seminggu untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
- Mangsa dirawat di Hospital Tengku Anis, manakala polis mengesahkan motif berpunca daripada perselisihan faham yang berlarutan.
Menurut beliau, siasatan yang dijalankan mendapati punca kejadian akibat perselisihan faham yang sudah lama berlaku.
Ujarnya, polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit menerusi panggilan kecemasan daripada orang awam.
Tambah beliau, ketika tiba di lokasi, suspek bertindak melarikan diri dan ditahan di rumah suspek tidak lama selepas kejadian.
Zaizul Rizal memberitahu, mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata," katanya.
Suspek kemudian direman seminggu bermula pada Rabu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Aiman Azahan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


