TELUK INTAN:Seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak dua lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah pasar mini di Jalan Kampung Banjar dekat sini, semalam.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 46 tahun itu datang ke premis tersebut untuk membeli barang pada jam 8.30 pagi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman, selesai membuat bayaran, mangsa yang keluar dari premis mendapati sebuah kereta jenis Honda City berwarna kelabu berhenti berdekatan dengannya.
Katanya, dua lelaki yang memakai pakaian berwarna gelap berserta topeng keluar daripada kereta itu sambil masing-masing membawa sebilah parang berukuran 0.6 meter.
"Mangsa berlari masuk ke dalam kedai namun dikejar kedua-dua suspek itu sehingga terjatuh, sebelum mereka menetak mangsa di tangan dan kakinya dengan parang beberapa kali.
"Dua lelaki itu kemudian melarikan diri dengan Honda City yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujarnya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Anuar berkata hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami luka kesan tetakan senjata tajam di lengan dan peha kanan selain siku dan lutut kiri.
"Selain itu, hasil pemeriksaan menerusi ujian X-ray mendapati mangsa patah tulang siku kiri, tulang pengumpil lengan kiri dan kanan serta tulang peha kanan," katanya.
Ujarnya polis turut melakukan pemeriksaan di lokasi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek kejadian itu bagi membantu siasatan.
Terdahulu rakaman CCTV yang menunjukkan mangsa berlari masuk ke dalam kedai sambil dikejar dua lelaki yang memakai penutup muka dengan membawa senjata tular di media sosial.
Aida Aziz
Thu Nov 26 2020
Menurut polis, mangsa yang berlari masuk ke dalam kedai semula dikejar suspek sehingga terjatuh, lalu ditetak di tangan dan kaki dengan parang beberapa kali. - Foto pembaca
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tak sampai 5 jam selepas rompak pasar mini, sudah kena tangkap
Suspek menyasarkan kedai runcit dan pasar mini di kawasan kampung untuk melakukan kegiatan itu.
Kanak-kanak enam tahun terkunci dalam kenderaan pacuan empat roda
Mangsa dikatakan ditinggalkan di dalam kenderaan dengan enjin masih hidup sementara ibu bapanya keluar membeli belah di pasar mini.
Lelaki tular maki, ludah pekerja pasar mini dikompaun
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 20 tahun itu diberkas kira-kira jam 8.45 malam tadi, bagi membantu siasatan.
Lelaki ditetak dengan parang dalam pasar mini di Teluk Intan
Selesai membuat bayaran, mangsa yang keluar dari premis mendapati sebuah kereta jenis Honda City berwarna kelabu berhenti berdekatan dengannya.
Premis perniagaan tidak ikut SOP akan ditutup - Exco P. Pinang
MBPP menutup tiga premis, membabitkan dua kedai makan iaitu kedai nasi kandar di Jalan Burma dan kedai makan di Lebuh Sungai Pinang 1, serta sebuah pasar mini di Jalan Gurdwara kerana melanggar SOP.
KPDNHEP tidak cadang wujud jenama 'i-KeeP'
Setakat ini terdapat lebih 400 pasar mini dan kedai serbaneka menyertai program ini melalui kerjasama enam rakan strategik syarikat peruncitan.
Lelaki tampar jurujual wanita pasar mini ditahan polis
Lelaki yang bertindak menampar seorang jurujual wanita di sebuah pasar mini semalam kerana berang tidak dibenarkan membeli lebih minyak masak paket lebih akhirnya ditahan polis.
Gagal menyamun, diberkas pula orang awam
Seorang lelaki bersenjatakan parang berputih mata apabila bukan sahaja gagal menyamun sebuah pasar mini malah dikejar dan diberkas orang awam.
Samun: Pemilik pasar raya ditemui maut dengan tangan dan kaki diikat
Seorang anak lelaki terkejut apabila menemui mayat bapanya dalam keadaan tangan dan kaki diikat dalam sebuah kejadian samun di Jelapang, dekat sini pada hari ini.