MALAYSIA
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
Pengadu bersama beberapa lagi pekerja ladang cuba mencari mangsa di sekitar tebing sungai setelah lelaki itu tidak pulang ke rumah. Benarkah buaya puncanya? - Gambar hiasan
KINABATANGAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala ikan di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara, Sukau, Kinabatangan di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Hairi Otuh berkata rakan mangsa memaklumkan mengenai kehilangan pekerja ladang, Stefanus Marti, 48, kira-kira pukul 8 malam.
"Sebelum itu, pengadu bersama beberapa lagi pekerja ladang cuba mencari mangsa di sekitar tebing sungai setelah lelaki itu tidak pulang ke rumah.
"Daripada pencarian itu juga mereka hanya menemukan pakaian dan pukat ikan milik mangsa di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hairi berkata polis menerima panggilan kira-kira 1.07 tengah hari hari tadi berhubung kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini