MALAYSIA
Lelaki hilang ditemukan meninggal dunia dalam parit kebun sawit
Mohd Rosli. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak 22 Jun lalu akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemukan dalam parit sebuah kebun sawit di Kampung Kuantan di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan itu kira-kira jam 4.26 petang.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa telah reput berada dalam parit dengan keadaan telentang dan berpakaian lengkap.
"Polis menjumpai barangan milik lelaki itu dan pakaian sepadan dengan deskripsi Orang Hilang (OH) yang dilaporkan waris," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau memberitahu, polis turut menemui sebuah motosikal jenis Yamaha Ego yang digunakan mangsa ketika keluar dari rumah sebelum dilaporkan hilang.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," tambah beliau.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan.
Sebelum ini, media melaporkan Azaharudin meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sekitar daerah ini.
Mohd Rosli Mansor, 70, yang beralamat di Taman Seri Kuantan di sini dilaporkan hilang kira-kira jam 5.30 petang, pada 22 Jun lalu. - Sinar Harian