MALAYSIA

Lelaki hilang ketika cari etok di Sungai Pahang ditemukan lemas

Bernama 21/09/2025 | 04:46 MYT
Mayat mangsa dijumpai lengkap berpakaian kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari etok bersama-sama keluarga di Sungai Pahang berdekatan dengan Kampung Bukit Kenau, Pekan pada Jumaat lepas ditemukan lemas hari ini.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki, Mohd Zainuren Abd Rashid, 45, yang hilang ketika mencari etok di Sungai Pahang, ditemukan lemas pagi ini oleh penduduk kampung.
  • Mayat mangsa dijumpai lengkap berpakaian kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
  • Mayat dibawa ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut; mangsa dipercayai dihanyutkan arus ketika bersama empat ahli keluarga.


Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata mangsa Mohd Zainuren Abd Rashid, 45, dijumpai oleh penduduk kampung pada 7.45 pagi tadi.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian kira-kira tiga kilometer dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat Mohd Zainuren dibawa ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa dipercayai dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira 6 petang ketika mencari etok bersama dengan empat ahli keluarganya.

-- BERNAMA




#lelaki hilang #Sungai Pahang #mencari etok #ditemukan lemas