awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang ketika memukat ditemukan lemas

Bernama
Bernama
28/04/2023
12:40 MYT
Lelaki hilang ketika memukat ditemukan lemas
Khairun Dalilah berkata pengecaman mayat dilakukan adik mangsa, Muhammad Ashraf di lokasi kejadian. - Gambar Bernama
BACHOK: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak semasa melakukan aktiviti memukat di Pantai Telong, di sini semalam, ditemukan lemas hari ini.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata mayat Mohamad Azwan Mohd Azman, 28, ditemukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan yang melakukan rondaan di kawasan pesisir pantai pada 3.20 petang.
"Ketika membuat rondaan, anggota APMM melihat sesuatu berwarna hitam (mayat) terapung pada jarak 10 meter dari pesisir pantai lalu menarik ke daratan.
"Mayat mangsa ditemukan pada jarak 1.4 kilometer dari lokasi kejadian selepas dihanyutkan ombak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengecaman mayat dilakukan adik mangsa, Muhammad Ashraf Mohd Azman, 24, di lokasi kejadian.
Mayat kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut serta dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#bedah siasat
#lemas
#aktiviti memukat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan