NATIONAL
Lelaki hilang ketika mendaki Bukit Laggong ditemukan selamat
Mangsa (tiga dari kanan) yang hilang semasa melakukan aktiviti mendaki di Bukit Laggong, Gombak, semalam, ditemui selamat oleh orang awam awal pagi ini.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti mendaki di Bukit Laggong, Gombak, semalam, ditemui selamat oleh orang awam awal pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa yang berusia 26 tahun dipercayai hilang sekitar jam 1.41 tengah hari semalam ketika mendaki bersama dua rakannya.
"Komunikasi terakhir bersama mangsa berlaku pada waktu itu sebelum dia gagal dihubungi semula.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 petang dan menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, mangsa telah ditemui pada jam 6.50 pagi oleh orang awam di kawasan atas bukit," ujarnya.