Skip to main content

Malaysia

Lelaki hilang sejak dua hari lepas, SAR dilancar

81671637488_JabatanBomba.jpg
Operasi SAR melibatkan lapan anggota dari BBP Dabong berserta dua jentera. - Gambar hiasan

KUALA KRAI: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Kandek, Dabong, di sini sejak Isnin lepas. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong Pegawai Bomba Tinggi II Zaimi Samat berkata pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima laporan mengenai kehilangan Muhd Safuan Che Mood, 38, pada 9.54 pagi tadi. 

Advertisement

Berdasarkan maklumat daripada adik Muhd Safuan, lelaki itu didapati tidak pulang ke rumah sejak 16 Feb, kira-kira pukul 11.30 malam hingga ke hari ini.

Beliau berkata SAR melibatkan lapan anggota dari BBP Dabong berserta dua jentera.

“Kawasan pencarian antaranya melibatkan laluan yang biasa dilalui Muhd Safuan dan operasi itu turut dibantu penduduk kampung," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pencarian melibatkan jarak sejauh tiga kilometer dan radius pencarian akan diperluas pada sebelah petang dengan disertai Unit Anjing Pengesan (K9).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video