PETALING JAYA: Perbuatan seorang lelaki yang menghina polis dalam sebuah video berdurasi 15 minit 42 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook membawa padah selepas dia ditahan di rumahnya di Bandar Sri Damansara, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 29 tahun itu merakam video secara langsung sambil membuat provokasi kepada pegawai yang mengeluarkan kompaun kepadanya kerana tidak memakai pelitup muka.
Menurutnya, selepas dikenakan kompaun RM1,500, suspek yang tidak berpuas hati masih meneruskan rakaman video tersebut sambil menghamburkan kata-kata kesat dan mempertikaikan tugas polis.
“Bertindak atas maklumat, sekitar jam 10 malam hari sama sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan suspek.
“Semasa proses tangkapan hendak dibuat, sekali lagi suspek membuat rakaman video dan memuat naik di laman media sosial yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sehubungan itu, Mohamad Fakhrudin berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa satu yang ditetapkan dan masyarakat digesa agar tidak membuat spekulasi berkenaan video yang tular berkenaan.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki cedera ditikam jiran dalam pergaduhan
Sinar Harian
Wed Jul 21 2021
Lelaki tersebut merakam video secara langsung menerusi akaun Facebook miliknya dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap polis. - Foto media sosial
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
IDF keluarkan video operasi di Lubnan, Gaza
Video tersebut menunjukkan anggota rejim berjalan di kawasan di mana konflik memuncak, termasuk di wilayah Jabalia, utara Gaza.
YouTube Shorts perkenal enam ciri baharu seperti sari kata automatik seakan TikTok
Dengan ini golongan kurang pendengaran atau yang menonton video tanpa audio masih boleh mengikuti kandungan.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Kes video individu mirip bekas KP J-KOM dirujuk Peguam Negara esok
Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
Nepal larang guna aplikasi TikTok
Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.
SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.
Orang Asli sertai kursus dron, perkasa ekopelancongan guna video kualiti tinggi
Peserta turut diberi pendedahan meliputi pengetahuan asas mengenai teknologi dron dan kemahiran penerbangan.
#BookTokMalaysia suburkan budaya membaca rakyat Malaysia
Jualan buku dan pinjaman buku digital dilaporkan naik mendadak sehingga lebih dua kali ganda berbanding sebelum PKP.
Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah
Baru-baru ini, tular video menunjukkan Dalai Lama mencium bibir seorang kanak-kanak serta meminta kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.
Dakwaan uji format lima iklan tanpa langkau, ini jawapan YouTube
TeamYouTube memaklumkan apa yang dialami pengguna terbabit ialah format iklan yang dipanggil "iklan bamper".