NATIONAL
Lelaki jatuh bot ketika sauk kerang ditemukan lemas
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Batu Musang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama
BATU KAWAN: Lelaki yang dilaporkan terjatuh daripada bot ketika menyauk kerang di Kilometer 4.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini semalam, ditemukan lemas hari ini.
Ringkasan AI
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata Ismail Ahmad, 28, ditemukan pada 9.40 pagi berhampiran sangkar ikan Sungai Udang, oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
"Kaedah pencarian di permukaan air menemukan mangsa sekitar dua kilometer daripada lokasi dia terjatuh dan mayat dibawa ke Jeti Batu Musang di sini dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi SAR hari ini melibatkan lima bot dengan pencarian dibahagikan kepada empat sektor, dikoordinasikan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan dibantu JBPM, polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Operasi disertai 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) daripada Bagan Jermal dan Butterworth serta pasukan bomba sukarela (PBS), ditamatkan pada 11.05 pagi.
Ismail dilaporkan terjatuh daripada bot sekitar 10 pagi semalam, selepas bot dinaikinya melanggar tiang bernombor 274 di jambatan itu. Ketika kejadian, bapa dan rakan mangsa juga berada di lokasi, namun mereka menaiki bot berbeza.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki yang terjatuh daripada bot ketika menyauk kerang ditemukan lemas, dengan mayatnya dijumpai sekitar dua kilometer dari lokasi kejadian berhampiran sangkar ikan Sungai Udang.
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lima bot dan 13 anggota, dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), JBPM, polis marin, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
- Mangsa dilaporkan terjatuh selepas botnya melanggar tiang jambatan, dengan bapa dan rakannya turut berada di lokasi tetapi menaiki bot yang berbeza.