MALAYSIA
Lelaki jatuh Jambatan Pulau Pinang ditemui lemas
Mayat lelaki yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada Ahad dibawa ke Jeti Jabatan Laut Batu Uban pada Isnin sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM Pulau Pinang/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu akhirnya ditemui lemas selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama hampir dua hari dijalankan oleh pelbagai agensi keselamatan.
Mayat lelaki berusia 25 itu ditemukan terapung berhampiran jeti pelayaran di Pengkalan Weld di sini pada jam 9.35 pagi Isnin dengan jarak kira-kira 8 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.56 petang daripada orang awam selepas melihat lelaki itu terjatuh di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang arah pulau ke tanah besar.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai pada jam 7.06 malam dan turut mendapat bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Bagan Jermal dan BBP Butterworth.
"Operasi mencari diteruskan secara bersepadu bersama Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Pada Selasa, operasi SAR disambung semula pada jam 8.30 pagi dengan kekuatan dua bot penyelamat JBPM, dua bot Polis Marin dan dua bot APM.
"Akhirnya penemuan mayat lelaki berkenaan dilaporkan kira-kira 9.35 pagi oleh Polis Marin sebelum anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi penemuan untuk menaikkan mayat ke atas bot," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
John Sagun berkata, mayat lelaki terbabit dibawa ke Jeti Jabatan Laut Batu Uban sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, mayat dibawa untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga dan operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.45 pagi. - Sinar Harian