MALAYSIA
Lelaki jatuh perahu di Muara Batang Oya ditemukan lemas
Polis menerima laporan kehilangan mangsa daripada ahli keluarga pada 9.08 pagi semalam, sebelum operasi SAR dilancarkan.
MUKAH: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada perahu di Muara Batang Oya semalam, ditemukan maut pagi tadi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mayat Awang Ismail Awang Rosidi, 28, ditemukan oleh orang awam kira-kira 8.50 pagi pada jarak lebih kurang 800 meter dari persisiran pantai.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Hospital Mukah bagi tujuan bedah siasat.
"Operasi SAR melibatkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dengan bantuan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah kenderaan Hilux dan sebuah bot itu ditamatkan sepenuhnya pada 9.40 pagi," menurut kenyataan itu.
Turut terlibat dalam operasi itu ialah tiga anggota PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebanyak lima anggota dengan sebuah bot dan 30 penduduk kampung menggunakan 10 bot.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa daripada ahli keluarga pada 9.08 pagi semalam, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada JBPM Mukah dan APM Dalat.
"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai apabila bot yang dipandunya seorang diri terlanggar kayu hanyut dalam kejadian berhampiran Muara Batang Oya kira-kira 7.30 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang lelaki, Awang Ismail Awang Rosidi, dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada perahu di Muara Batang Oya, Sarawak, dan ditemui maut pagi tadi.
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan anggota JBPM, PDRM, dan APM, serta bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa kira-kira 800 meter dari persisiran pantai.
- Ketua Polis Daerah Dalat menerima laporan kehilangan mangsa dan menyatakan mangsa terjatuh ke sungai apabila bot yang dipandunya terlanggar kayu hanyut di Muara Batang Oya pada 7.30 pagi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mayat Awang Ismail Awang Rosidi, 28, ditemukan oleh orang awam kira-kira 8.50 pagi pada jarak lebih kurang 800 meter dari persisiran pantai.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Hospital Mukah bagi tujuan bedah siasat.
"Operasi SAR melibatkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dengan bantuan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah kenderaan Hilux dan sebuah bot itu ditamatkan sepenuhnya pada 9.40 pagi," menurut kenyataan itu.
Turut terlibat dalam operasi itu ialah tiga anggota PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebanyak lima anggota dengan sebuah bot dan 30 penduduk kampung menggunakan 10 bot.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa daripada ahli keluarga pada 9.08 pagi semalam, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada JBPM Mukah dan APM Dalat.
"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai apabila bot yang dipandunya seorang diri terlanggar kayu hanyut dalam kejadian berhampiran Muara Batang Oya kira-kira 7.30 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan lelaki tersebut dilaporkan hilang dan akhirnya ditemui maut?
A: Mangsa dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada perahunya di Muara Batang Oya sebelum ditemui maut oleh orang awam pada pagi tadi. - Q: Berapakah jarak di antara tempat mayat mangsa ditemui dengan persisiran pantai?
A: Mayat mangsa ditemui kira-kira 800 meter dari persisiran pantai Muara Batang Oya. - Q: Siapakah agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) mangsa?
A: Operasi SAR melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, PDRM, APM, serta bantuan dari penduduk kampung menggunakan bot. - Q: Apakah tindakan yang diambil selepas mayat mangsa ditemui?
A: Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM sebelum dibawa ke Hospital Mukah bagi tujuan bedah siasat. - Q: Bolehkah diceritakan bagaimana kejadian terjatuhnya mangsa ke dalam sungai berlaku?
A: Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai apabila bot yang dipandunya seorang diri terlanggar kayu hanyut berhampiran Muara Batang Oya.