awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kelar isteri hingga maut, cuba bakar rumah mentua di Bukit Gambir

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2025
22:50 MYT
Lelaki kelar isteri hingga maut, cuba bakar rumah mentua di Bukit Gambir
Polis akan mendapatkan permohonan reman pagi ini ke atas suspek yang disyaki mengelar isteri hingga maut dan cuba bakar rumah mentua dalam kejadian pada Isnin. - Foto Sinar Harian
TANGKAK: Seorang isteri maut selepas dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, di sini pada Isnin.
Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu turut dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya.
Tindakan suspek itu bagaimanapun tidak berjaya dan hanya sempat membakar beberapa kenderaan yang berada di bahagian luar rumah.
Suspek kemudian berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Suspek lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan permohonan reman pada pagi Rabu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kelar
#Bukit Gambir
#bakar rumah mentua
#kelar isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami