awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2023
01:40 MYT
Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah masjid di Pulau Melaka, Kota Bharu pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah masjid di Pulau Melaka, di sini pada Ahad.
Ekoran kejadian tersebut, seramai 15 pelajar tahfiz ditahan bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, tiga darinya telah dihantar pulang.
Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.
"Semasa kejadian saya tiada, namun dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Pada masa sama, lelaki itu telah bertindak memukul seorang tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Menurut dia, pengawal keselamatan kemudian cuba menangkap lelaki tersebut yang ketika itu sedang mengamuk dan melawan.
Ujarnya, pelajar tahfiz turut sama membantu menangkap lelaki tidak siuman itu.
Dia memberitahu, selepas berjaya diberkas, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada warden untuk diserahkan kepada pihak polis.
"Semasa mereka hendak serahkan kepada pihak berkenaan lelaki tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar tahfiz
#Pulau Melaka
#lelaki tidak siuman
#bakar jubah milik pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan