JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dan melakukan amang seksual di sini, di Kampung Kangkar Baru, dekat Yong Peng, semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata individu berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.45 petang dan polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna Kelabu serta sebuah telefon bimbit jenis Vivo.
Katanya dalam kejadian Selasa lepas, lelaki itu dipercayai melarikan kanak-kanak berkenaan di depan rumahnya di Taman Teratai, Kangkar Pulai di sini dengan sebuah kereta pada kira-kira pukul 5.30 petang, menghala arah Stulang Laut .
Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata lelaki itu kemudiannya menyamun kira-kira RM500 daripada seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berumur dalam lingkungan 20 tahun, yang kemudiannya dipaksa oleh suspek untuk merakam kejadian amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan (yang dilarikan) dalam kereta.
Menurut beliau lelaki OKU itu kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan Stulang Laut, dan kanak-kanak berkenaan yang ditemukan orang awam di depan kedai makan Kangkar Pulai dalam keadaan ketakutan serta trauma, telah dibawa ke hospital sebelum diserahkan kembali kepada keluarganya.
Ayob berkata lelaki berkenaan akan direman sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 363 KK.
"Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 392 KK adalah penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, manakala hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) AKSTK adalah penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan serta hukuman di bawah seksyen 363 KK adalah penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak dalam kenyataan berasingan berkata polis menahan seorang lelaki warga asing awal pagi ini susulan laporan berhubung kes cabul kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
Beliau berkata menurut laporan ibu kanak-kanak itu, kejadian berlaku semasa anaknya yang berada di sebuah kedai serbaneka di Ulu Tiram di sini, apabila dia mendakwa lelaki yang bekerja di premis itu telah memegang bahu dan meraba perutnya pada pukul 7.50 malam, Selasa lepas.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD Seri Alam telah menahan lelaki berkenaan yang berusia 33 tahun di tempat kerjanya kira-kira 1.20 pagi tadi bagi membantu siasatan, dan dia direman selama tujuh hari bermula hari ini, disiasat di bawah Seksyen 14 (a) AKSTK 2017," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata individu berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.45 petang. - Gambar fail/BERNAMA

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

Lelaki larikan kanak-kanak, lakukan amang seksual ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dan melakukan amang seksual di sini, di Kampung Kangkar Baru, dekat Yong Peng, semalam.

Lelaki larikan kanak-kanak perempuan di depan rumah berjaya diberkas
Seorang lelaki yang melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di hadapan rumah di kawasan Taman Teratai, pada Selasa berjaya ditahan polis, semalam.