DUNGUN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Dungun ditemukan lemas selepas 16 jam operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Dungun Shahrizal Shamsudin berkata, mangsa Ahmad Solihin Ishak, 22 tahun, ditemui pada jarak kira-kira 700 meter (m) dari lokasi terakhir dia dilihat.
Menurut Shahrizal, mayat mangsa ditemui tersangkut di kawasan saluran penyedut pasir.
"Mangsa telah dijumpai oleh orang awam yang mengikuti pencarian ini menggunakan bot. Mangsa dijumpai dalam anggaran 700m, dekat dengan penyedut pasir.
"Masa dijumpai pada jam 9.25 pagi dan kita telah serahkan kepada pihak polis pada pukul 10 pagi untuk pengecaman mangsa," katanya.
Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai itu, berhampiran Kampung Rajawali di sini.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, Ahmad Solihin sempat memberitahu keluarganya hendak pergi ke sungai.
Menurut Baharudin, operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan selepas pihak polis menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 8 malam.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Sat Feb 19 2022

Mangsa ditemui pada jam 9.25 pagi dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk urusan pengecaman. - Foto Astro AWANI

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Lelaki ditemukan lemas selepas terjun ke Sungai Semantan
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjun ke Sungai Semantan ketika dikejar orang awam di Kampung Tanjong Kerayong, di Mentakab.

Kanak-kanak lelaki hilang di sungai ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur, Pekan dekat sini semalam, ditemukan lemas hari ini.

Guru lelaki ditemukan lemas ketika jala udang
Mayat mangsa ditemui jam 5.39 petang tidak jauh dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Mayat lelaki lemas ketika korek pasir ditemukan tersangkut di kawasan ternakan ikan
Mangsa ditemukan tersangkut sekitar pukul 12.35 tengah hari tadi oleh orang awam.

Lelaki terjun Sungai Kedah ditemukan lemas
Mayat ditemukan kira-kira 44 meter dari tebing sungai sedalam satu meter.

Dua remaja maut, dua cedera kereta terbabas masuk parit
Kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu membabitkan kereta Proton Wira dinaiki tiga penumpang dan seorang pemandu berusia 15 hingga 18 tahun yang telah hilang kawalan.

Mayat warga Indonesia ditemukan lemas dalam kolam
Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam di belakang sebuah kuil dekat Bedong, Sungai Petani hari ini.

Remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi di sungai
Mangsa dikenali Muhammad Alif Nasir Alias berusia 17 tahun ditemui pada jam 3.15 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Lelaki tidak pulang ke rumah ditemukan lemas
Misran Wahidon, 51, ditemui kira-kira jam 2.15 petang oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di dalam parit.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika jala udang, ditemukan terapung
Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung sejauh lima meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.