MALAYSIA
Lelaki lemas selepas terjatuh ketika redah jeram di Nabawan
JBPM Sabah memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian. - JBPM Sabah
NABAWAN: Seorang lelaki maut dipercayai lemas selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti rakit redah jeram atau water rafting di Sapulut di sini tengah hari tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa Ramli Mayakin berusia lingkungan 40-an, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.
Menurut kenyataan itu, JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada 12.40 tengah hari sebelum 12 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi yang terletak 53 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan.
"Pasukan bomba mengalami sedikit kesukaran untuk tiba di lokasi kejadian berikutan keadaan laluan yang sempit dan jalan tidak berturap.
"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan mangsa telah dijumpai oleh orang awam di tepi sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri," menurut kenyataan itu hari ini.
JBPM Sabah memaklumkan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu ditamatkan pada 6.30 petang.
-- BERNAMA