KULAI: Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk dan menikam seorang warga emas hingga mati dengan sebilah pisau di sebuah homestay di Jalan Pinang, Taman Kota di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa duduk di kaki lima sebuah kedai di Jalan Pinang 1 pada jam 4.15 petang.
"Tangkapan ini dilakukan selepas menerima aduan daripada seorang lelaki pada jam 3.55 petang berhubung satu pergaduhan bersenjatakan pisau di sebuah homestay di taman berkenaan.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Kulai pergi ke tempat kejadian dan menjumpai mangsa berusia 78 tahun dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan tikaman," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek telah mengamuk dan bertindak menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.
Menurutnya, pegawai dan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut hadir di tempat kejadian bagi membantu siasatan.
"Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan akibat ditikam pada bahagian perut," katanya.
Beliau berkata, suspek diberkas bersama-sama sebilah pisau digunakan dalam kejadian tersebut selain merampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di homestay berkenan bagi membantu siasatan.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa melakukan perbuatan tersebut.
Tambah beliau, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini (Isnin) selepas mendapat kebenaran Majistret Maleeha Syed Hussin.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.
Sinar Harian
Mon Mar 08 2021

Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk dan menikam seorang warga emas hingga mati dengan sebilah pisau di sebuah homestay di Jalan Pinang, Taman Kota di sini pada Isnin. -Gambar hiasan

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Lelaki dipercayai mabuk terjun kolam takungan air ditemui lemas
Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam sebuah kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang hari ini.

PRU15: Bakar khemah parti politik, lelaki ditahan polis
Suspek disyaki dalam keadaan mabuk semasa tangkapan dilakukan keatasnya.

PRU15: Lelaki mabuk cetus provokasi politik
Seorang lelaki mabuk ditahan kerana mematahkan bendera kempen Barisan Nasional (BN) dalam satu kejadian di Taman Senai Utama, Senai, tengah malam tadi.

Dua polis cedera diserang lelaki mabuk guna batu
Dua anggota polis cedera selepas diserang lelaki mabuk yang menceroboh sebuah rumah dalam kejadian di Batu 4 Jalan Kapar, Klang.

Lelaki mabuk mengamuk, tikam warga emas hingga mati
Suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa duduk di kaki lima sebuah kedai di Jalan Pinang 1 pada jam 4.15 petang.

Gara-gara mabuk, lelaki bertindak menikam bapa sendiri
Bukan hanya menikam bapa kandungnya hingga cedera di leher, dada dan bahu, seorang lelaki turut menikam warga emas di kedai makan dalam kejadian berasingan Jumaat lalu.

Lelaki nyaris terjatuh dari tingkat 35
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 7.42 malam.