awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mabuk tumbuk cermin kedai sampai pecah

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2023
03:45 MYT
Lelaki mabuk tumbuk cermin kedai sampai pecah
Sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Melawati telah menangkap dua warga Nepal pada jam 2 petang Jumaat. - Gambar hiasan
AMPANG: Gara-gara terlalu mabuk, dua lelaki warga Nepal bertindak memecahkan cermin tingkap sebuah premis di Jalan Negara 2, Taman Melawati di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu disedari ketika pengurus premis terbabit tiba di premisnya kira-kira jam 8.30 pagi, pada Jumaat.
Menurutnya, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di belakang premis mendapati, dua lelaki dalam keadaan mabuk bertindak menumbuk cermin premis itu sebanyak empat kali sehingga pecah sebelum beredar, pada jam 1 pagi, Rabu lalu.
"Bertindak hasil maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Melawati telah menangkap dua warga Nepal pada jam 2 petang Jumaat.
"Semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 21 dan 22 tahun itu tiada rekod jenayah serta ujian air kencing negatif dadah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan minimum penjara selama satu tahun sehingga maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Katanya, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa juga perbuatan jenayah dan khianat ke atas harta benda. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki mabuk
#warga Nepal
#Taman Melawati
#Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan