awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2025 tahun terpanas, paling cerah dalam sejarah United Kingdom
Indonesia perkenal khidmat masyarakat, mediasi ganti hukuman penjara
Jalan licin akibat ais ganggu pergerakan kenderaan di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maki hamun penguat kuasa wanita ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2022
22:00 MYT
Lelaki maki hamun penguat kuasa wanita ditahan
Suspek ditahan di sekitar Seksyen 7 oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah pada jam 5 petang Selasa. -Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyerang anggota penguat kuasa yang sedang bertugas di dalam kawasan Petaling Utama, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan berusia 24 tahun sekitar jam 5.30 petang.
"Mangsa mendakwa diserang semasa menjalankan tugas sebagai penguat kuasa lebih kurang jam 9.30 pagi pada Isnin apabila dia telah didatangi seorang lelaki tempatan.
"Lelaki berkenaan bertindak memaki hamun menggunakan kata-kata kesat kerana mangsa mengeluarkan saman terhadapnya atas kesalahan lalu lintas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Fakhrudin berkata, bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditahan di sekitar Seksyen 7 di sini oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah pada jam 5 petang Selasa.
Katanya, suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyerang penjawat awam semasa menjalankan tugas.
"Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan kurang sopan terhadap mangsa.
"Saksi kejadian diminta tampil ke balai atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Yugarajan Raman di talian 0143049419," ujar beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anggota penguat kuasa
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#Petaling Utama
#saman kesalahan lalu lintas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan