Gara-gara berebut anak, seorang lelaki warga China maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan isteri dan anggota keluarga isterinya di sebuah rumah di Setia Alam di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa dipercayai bertindak agresif dan ketika berlaku pergelutan, mangsa yang berumur 39 tahun itu cedera di mata, dada dan bengkak di belakang kepala.
"Mangsa dikatakan datang ke rumah isterinya kira-kira tengah malam untuk mengambil anak mereka yang berusia empat bulan untuk pulang ke China," ujar beliau, memetik laporan Bernama.
Hasratnya itu bagaimanapun dihalang kerana isterinya enggan melepaskan anak mereka.
Oleh kerana panik dengan situasi perselisihan itu, ibu kepada wanita tersebut yang turut berada di rumah berkenaan bertindak menghubungi anak lelakinya bagi memaklumkan tentang kejadian terbabit.
Sebaik sahaja adik ipar mangsa itu tiba di rumah tersebut bersama ayah dan seorang kawannya, berlaku pergaduhan antara mereka dengan mangsa sehingga mangsa akhirnya terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Susulan kejadian itu, empat suspek termasuk isteri kepada mangsa ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Tue Jan 05 2016
Susulan kejadian itu, empat suspek termasuk isteri kepada mangsa ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Empat warga asing terlibat judi dalam talian ditahan
Serbuan pertama membabitkan penahanan dua lelaki warga China berusia 30 dan 34 tahun.
Campak 'syiling bertuah' ke enjin pesawat, lelaki didenda RM70,500
Sengaja cari masalah. Itu yang dapat dikatakan terhadap seorang lelaki warga China kerana tindakannya mencampak syiling yang kononnya bertuah ke enjin pesawat sebuah kapal terbang.
Lelaki mati dalam pergaduhan berebut anak
Gara-gara berebut anak, seorang lelaki warga China maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan isteri dan anggota keluarga isterinya.