awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mati dipercayai dibunuh anak saudara sendiri di Kota Damansara

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2017
23:41 MYT
Lelaki mati dipercayai dibunuh anak saudara sendiri di Kota Damansara
Sejurus tiba di hospital mangsa menerima rawatan di zon merah sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman senjata tajam di badan. - Gambar hiasan
Polis sedang memburu seorang pemuda yang dipercayai menikam bapa saudaranya sehingga mati.
Mangsa yang berusia 32 tahun ditemui mati ditikam dengan senjata tajam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, kira kira jam 4.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa ditemui oleh adik iparnya sebelum memaklumkan kejadian kepada anggota keluarga yang lain.
Mereka kemudian membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan telah meninggal dunia kira kira jam 5.15 petang.
"Sejurus tiba di hospital mangsa menerima rawatan di zon merah sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman senjata tajam di badan," katanya dalam satu kenyataan.
Suspek pula dikatakan menghilangkan diri sejurus kejadian.
Kes kini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Sejurus tiba di hospital mangsa menerima rawatan di zon merah sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman senjata tajam di badan," katanya dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#Kota Damansara
#mati
#maut
#meninggal dunia
#Mohd Zani Che Din
#Petaling Jaya
#polis
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan