awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Lahad Datu

Bernama
Bernama
06/11/2015
13:34 MYT
Lelaki maut berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Lahad Datu
Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata kejadian pada 7.15 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan. - Gambar Fail
Seorang lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan, dalam operasi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI), di sini hari ini.
Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata kejadian pada 7.15 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan di sebuah rumah kongsi pekerja Fordeco.
"Ketika kejadian, pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, setelah lelaki tidak dikenali itu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan daripada sebuah rumah kosong di kawasan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Sedino Mas Drain mati di tempat kejadian, dan turut ditemui sepucuk pistol dengan tiga butir peluru hidup," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mayat lelaki dipercayai PATI itu, kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Harun
#ESSCom
#Lahad Datu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan