Seorang lelaki maut manakala seorang wanita melecur dalam kebakaran di bilik di sebuah rumah di Taman Sri Bakri 3, Muar, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata mayat Lim Liah Chin, 35, ditemui dalam keadaan melecur kira-kira 80 peratus di loteng bahagian atas rumah berkenaan sejurus kebakaran dipadamkan.
"Bomba menerima panggilan kebakaran itu menerusi talian MERS 999 pada 1.03 tengah hari tadi dan seramai 12 anggota bomba bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar serta Pagoh termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Jefri berkata wanita berkenaan yang dianggarkan berumur 50-an dihantar ke hospital oleh EMRS, namun, identitinya belum dapat dikenalpasti kerana dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mayat Lim diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi pemadaman di bilik yang 90 peratus terbakar tersebut tamat pada 5.55 petang tadi.
Punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu sedang disiasat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 25 2020
Menurut bomba, punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu sedang disiasat.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat
Polis Pahang terima sembilan laporan polis iaitu lima kes simbah cat merah serta empat kes baling bom petrol yang disyaki didalangi lelaki tempatan berumur 37 dan 40 tahun itu.
Lelaki maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Bakri
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita melecur dalam kebakaran di bilik di sebuah rumah di Taman Sri Bakri 3, Muar, hari ini.
Pemilihan bahagian Bakri ditangguh ekoran lebihan undi
Setiausaha UMNO bahagian berkata penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi, selepas proses pengiraan.
Kor Ming tak patut cakap macam tu - Wan Azizah
Tindakan Pengerusi DAP Perak memperlekehkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berceramah di sebuah majlis yang tersebar di media sosial turut mendapat kritikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
SPRM tahan penolong jurutera disyaki rasuah
Sumber memberitahu bahawa lelaki berumur 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau, Melaka pada kira-kira 6.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.