MALAYSIA
Lelaki maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Persona dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah Bahau ke Rompin dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 13 Jalan Bahau-Rompin, Jempol dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata kejadian berlaku 11.40 malam dan mangsa berusia 32 tahun maut akibat kecederaan parah di kepala.
"Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Persona dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah Bahau ke Rompin dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.
"Kereta itu bergesel dengan Honda City dipandu lelaki berusia 39 tahun sebelum bertembung dengan Perodua Viva dipandu mangsa sehingga menyebabkan Proton Persona terbakar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Norhisham berkata pemandu Proton Persona cedera ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak cedera.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta saksi untuk menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal menerusi talian 016-3627746.
-- BERNAMA