awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dihempap kayu balak

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2023
01:45 MYT
Lelaki maut dihempap kayu balak
Seorang lelaki maut dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang pada Isnin. - Sinar Harian
GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini pada Isnin.
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 53 tahun sedang menurunkan kayu balak dari lori menggunakan kaedah yang biasa iaitu membuka empat rantai dan 'chain-lock' kecuali bahagian tengah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati selepas membuka 'chain lock' mangsa telah pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai terbabit.
"Perbuatan tersebut telah menyebabkan sebatang balak telah jatuh lalu menghempap badan mangsa.
"Rakannya yang berada di lokasi kemudiannya telah membawa mangsa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, siasatan polis di tempat kejadian mendapati bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku.
"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian mangsa ialah 'massive blood loss secondary'.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dihempap kayu balak
#Sik Choon Foo
#kilang papan
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan