[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
MALAYSIA

Lelaki maut dihempap pokok di Pasir Puteh

Bernama 19/04/2025 | 22:30 MYT
Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas ditimpa pokok tumbang di Kampung Kuala Semerak, Pasir Puteh, di sini, petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Cherang Ruku kira-kira 3 petang.
Susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai polis dari Balai Polis Cherang Ruku dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, anggota mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan terbaring di bawah sebatang pokok yang tumbang.
"Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan semalam.
Zaizul Rizal berkata kematian mangsa disahkan oleh pihak Klinik Kesihatan Cherang Ruku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Cherang Ruku Sarjan Zukiman Ismail di talian 018-3650449 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-7867222.
-- BERNAMA
#dihempap pokok #Pokok tumbang #Zaizul Rizal Zakaria #unsur jenayah