Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak

Pokok Tumbang Jalan Tun Razak_PDRM
- Foto PDRM
Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di depan Dua Residensi berhampiran Kedutaan Singapura di Jalan Tun Razak di sini, kira-kira 10.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata mangsa berusia 43 mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tangan dan pendarahan dalaman di bahagian dada.

"Mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebuah lagi kenderaan yang dinaiki tujuh individu berusia dua bulan hingga 57 tahun turut dihempap pokok dalam kejadian itu.

Sazalee berkata kesemua mereka sedang menerima rawatan di HKL dan pemeriksaan fizikal mendapati tiada kecederaan luaran.

Beliau berkata kerja pembersihan dan pemotongan pokok oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selesai pada 12 tengah malam tadi, manakala dua kenderaan terlibat telah ditunda keluar dari Jalan Tun Razak bagi melancarkan pergerakan trafik.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement