MALAYSIA
Lelaki maut dihempap pokok tumbang ketika kerja pembersihan di Pontian
Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Jalan Muafakat 2, Serkat, Pontian pagi tadi. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Jalan Muafakat 2, Serkat, Pontian pagi tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Haswani Azizi Yaacob berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebanyak lapan anggota dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender dan satu unit Emergency Medical Rescue Services digegaskan ke tempat kejadian sejurus panggilan kecemasan.
"Jentera tiba di lokasi pada 11.51 pagi, kira-kira 30 kilometer dari balai dan mendapati seorang mangsa lelaki dewasa tersepit selepas sebatang pokok setinggi kira-kira 30 kaki tumbang dan menghempap jentera berat jenis jengkaut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa berusia 27 tahun ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum jentera yang dikendalikannya dihempap pokok berkenaan.
Haswani berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.
"Pasukan Keluaran Operasi bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan satu unit pengusung sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 1.18 tengah hari," katanya.
-- BERNAMA