awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2021
03:45 MYT
Lelaki maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu
Jasad mangsa yang dibunuh anaknya sendiri selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang dekat Gurun, awal pagi Rabu. -Astro AWANI
GURUN: Seorang anak tergamak mengelar leher ibunya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang dekat Gurun, awal pagi Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.
Katanya, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan senjata pisau tumpul dan sehingga kini polis masih mencari senjata digunakan suspek dalam kejadian itu.
“Selepas melakukan perbuatan itu, suspek keluar rumah dengan menaiki motosikal sejauh lebih dua kilometer sebelum bertindak memberhentikan motosikalnya dan meninggalkannya di bahu jalan.
"Suspek kemudian bertindak nekad meluru ke tengah jalan dan maut dilanggar lori,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di lokasi kejadian.
Polis sedang menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kelar leher ibu
#maut dilanggar lori
#potong cuping telinga
#Adzli Abu Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan