MALAYSIA
Lelaki maut dirempuh lori depan Masjid Bandar Baru Sungai Buloh
Kemalangan melibatkan lori yang melanggar motosikal, merempuh gerai penjaja dan pagar masjid. - Gambar/ Ihsan JBPM
SUNGAI BULOH: Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Masjid Bandar Baru Sungai Buloh di sini pada Jumaat.
Ringkasan AI
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.36 tengah hari.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori yang melanggar sebuah motosikal dan merempuh gerai penjaja serta pagar masjid.
"Terdapat seorang mangsa lelaki tempatan berumur 30 tahun telah tersepit di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 1.44 tengah hari.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Masjid Bandar Baru Sungai Buloh pada Jumaat.
- Kemalangan melibatkan lori yang melanggar motosikal, merempuh gerai penjaja dan pagar masjid, menyebabkan mangsa tersepit di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri.
- Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba pada jam 1.44 tengah hari, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.