MALAYSIA
  
            Lelaki maut diserang gajah di Gua Musang
Adik mangsa Sulaiman Jahari berkata mereka mengetahui kejadian menimpa abangnya Saidi pada 10 pagi semalam. - Foto Bernama
            
      GUA MUSANG: Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas diserang gajah liar berhampiran rumah kongsi kawasan pembalakan di Aring 8 di sini, pada tengah malam Rabu lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian serangan gajah terhadap rumah kongsi itu daripada Balai Polis Paloh 2 pada 8.15 pagi semalam.
"Enam pekerja sedang tidur semasa menyedari kehadiran kawanan gajah ekoran bau dan bunyi bising menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan untuk menyelamatkan diri. Mangsa dikatakan tidak sempat berbuat demikian dan diserang seekor gajah," katanya.
Sik berkata rakan mangsa kembali ke rumah selepas beberapa jam dan menemukannya dengan kecederaan serius termasuk patah kedua-dua kaki dan membawanya masuk ke rumah, namun terpaksa meninggalkan lelaki itu selepas melihat seekor gajah dipercayai ketua kawanan haiwan liar itu kembali.
"Apabila keadaan sudah tenang, kumpulan pekerja itu kembali dan mendapati mangsa tiada. Pencarian menemukan lelaki itu dalam keadaan tidak bernyawa di jalan keluar dengan kesan cedera parah dipercayai dipijak gajah," katanya.
Sik berkata mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dimaklumkan dan usaha sedang dilakukan untuk mengesan serta mengawal pergerakan kawanan gajah terbabit.
Sementara itu, adik mangsa Sulaiman Jahari, 32, berkata mereka mengetahui kejadian menimpa abangnya Saidi, 43, pada 10 pagi semalam dan memaklumkan arwah baharu bekerja di kawasan pembalakan itu kira-kira dua minggu lepas.
"Kejadian amat mengejutkan kami sekeluarga. Kali terakhir saya berjumpa arwah ialah pada cuti Deepavali. Abang tidak pernah bercerita tentang cabaran kerja di hutan atau ancaman haiwan liar," katanya.
Sulaiman berkata arwah abangnya berpengalaman melakukan kerja seperti itu dan pernah bekerja di Tanah Tinggi Lojing.
-- BERNAMA
               
  Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut diserang gajah liar berhampiran rumah kongsi kawasan pembalakan di Aring 8, Gua Musang, ketika enam pekerja cuba melarikan diri ke hutan.
- Mangsa cedera parah dan dipercayai dipijak gajah, ditemui tidak bernyawa di jalan keluar selepas kawanan gajah beredar; kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- Perhilitan sedang mengesan kawanan gajah untuk kawalan, sementara keluarga mangsa memaklumkan beliau baru dua minggu bekerja di kawasan tersebut.