awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditembak di kepala ketika memandu

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2025
05:27 MYT
Lelaki maut ditembak di kepala ketika memandu
Seorang lelaki ditemui mati terkena tembakan di kepala ketika memandu di Jalan Stephen Yong Kuching pada awal pagi Sabtu. -Gambar hiasan
KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terkena tembakan di bahagian kepala ketika sedang memandu di Jalan Stephen Yong Kuching pada awal pagi Sabtu. Foto hiasan

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki ditemui mati terkena tembakan di kepala ketika memandu di Jalan Stephen Yong Kuching pada awal pagi Sabtu.
  • Dua rakannya menemui lelaki tersebut terbaring dalam kereta dan melaporkan kejadian kepada polis.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat.

Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terkena tembakan di bahagian kepala ketika sedang memandu di Jalan Stephen Yong Kuching, di sini pada awal pagi Sabtu.
Lelaki berusia 34 tahun itu dilihat terbaring dalam kereta oleh dua rakannya sebelum laporan dibuat kira-kira jam 5.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, dua lelaki telah datang ke Balai Polis Batu Kawa memaklumkan rakan mereka telah terbaring di dalam kereta dipercayai terkena tembakan semasa memandu.
"Pasukan siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan serta pegawai perubatan telah mengesahkan kematian mangsa yang juga seorang lelaki tempatan.
"Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintenden Sylvarius di talian 013-863 7241," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tembakan di kepala
#Jalan Stephen Yong
#ditembak ketika memandu
#Mohd Irwan Hafiz Md Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan