MALAYSIA

Lelaki maut ditembak di restoran

Sinar Harian 19/11/2025 | 22:00 MYT
Seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan pada Rabu. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang lelaki maut dipercayai ditembak di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini pada Rabu.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki maut dipercayai ditembak semasa makan di restoran di Nusari Biz Sendayan pada Rabu.
  • Saksi melaporkan mangsa berlari ke seberang jalan selepas didekati dua kenderaan sebelum terdengar bunyi tembakan.
  • Ketua Polis Daerah Seremban menyatakan pihak polis menerima laporan kejadian pada jam 11.23 malam dan kes masih dalam siasatan.


Orang awam yang ditemui di lokasi pada jam 1 pagi memaklumkan, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang makan sebelum didatangi dua kenderaan.

Mangsa kemudian dilihat berlari ke seberang jalan dan orang awam turut mendengar bunyi tembakan sebelum mangsa dilihat rebah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 11.23 malam.

"Semasa anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi.

"Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya. - Sinar Harian






#lelaki maut #ditembak #restoran #Nusari Biz Sendayan